KELAS E-TUISYEN BAHASA MELAYU (DARJAH 4 & 5)

 Tarikh    : 10 Jun 2023

 Masa     : 9.30 Pagi hingga 10.30 Pagi

 Lokasi   : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang

 Peserta : 1 Orang

TUJUAN 

program kelas tambahan matapelajaran Bahasa Melayu bagi peringkat sekolah rendah ( Darjah 4 & 5).

AKTIVITI

Kelas tambahan matapelajaran Bahasa Melayu ini disertai oleh seorang pelajar Tahun 4. Melalui inisiatif ini pelajar dapat belajar dengan kaedah yang lebih menarik dan dapat memberikan sepenuh tumpuan tanpa sebarang gangguan dengan capaian internet yang baik. Kelas ini dilakukan di PEDi secara atas talian.

Gambar disini

 

 

ASAS MICROSOFT POWERPOINT(DESIGN,TRANSITIONS AND SLIDE SHOW)

Tarikh     : 7 Jun 2023

Masa      : 11.05 Pagi sehingga 1.05 Petang

Lokasi    :  Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang 

Peserta  :  2 Orang

 TUJUAN

Kelas microsoft powerpoint bagi pelajar lepasan SPM.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara menggunakan microsoft powerpoint serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut .Peserta juga diajar cara menggunakan design serta menggunakan transitions yang ada bagi menghasilkan satu slide perbentangan bertajuk bebas yang menarik, kemas dan kreatif.

Gambar disini

 

 

ASAS MICROSOFT POWERPOINT (PENGENALAN KEPADA POWERPOINT)

Tarikh     : 1 Jun 2023

Masa      : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Petang

Lokasi    :  Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 2 Peserta

 TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunaan serta fungsi microsoft powerpoint dan pendedahan kepada aktiviti penghasilan pembentangan yang mengandungi contoh, gambar, dan sebagainya. 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara memulakan microsoft powerpoint serta fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Setelah itu peserta dikehendaki menghasilkan satu slide perbentangan bertajuk bebas yang menarik, kemas dan kreatif.

Gambar disini

 

 

MICROSOFT WORD (RESUME)

Tarikh    : 1 Jun 2023

Masa     : 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 1 Peserta

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk menambah baik kemahiran peserta dalam menaip resume.

AKTIVITI 

Peserta diberi contoh resume terbaru dan peserta diminta untuk menaip semula resume berkenaan mengikut maklumat peribadi sendiri. Microsoft word digunakan dalam kelas ini.

Gambar disini