WORD SEARCH ACTIVITIES

Tarikh      : 12 April 2023

Masa       : 2.35 Petang sehingga 3.35 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang    

Peserta   : 3 Peserta

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada peserta kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan.

AKTIVITI 

Peserta diminta untuk mencari perkataan-perkataan yang disenaraikan permainan tersebut mengikut tahap yang dipilih.Melalui aktiviti ini,peserta dapat mengasah kemahiran dalam keupayaan  berfikir dengan lebih kreatif.Bagaimanapun tugasan aktiviti ini hanya diberikan kepada pelajar sekolah rendah.

Gambar disini

 

 

QUIZIZZ KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU)

Tarikh    : 7 April 2023

Masa     : 3.15 Petang hingga 3.45 Petang

Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang

Peserta : 3 Orang

TUJUAN 

Memberi kesedaran kepada peserta mengenai jenayah penipuan online,buli siber dan juga maklumat palsu.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk menyiapkan satu tugasan berupa kuiz online di laman web Quizizz mengenai penipuan online,buli siber dan juga maklumat palsu.

Gambar disini

 

TYPING TEST ACTIVITIES

Tarikh    : 10 Mac 2023

Masa     : 2.40 Petang sehingga 3.40 Petang

Lokasi   : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang  

Peserta : 2 Peserta

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk memantapkan skil menaip peserta.

AKTIVITI 

Peserta diminta untuk membuka link web yang diberikan dan diminta untuk menyiapkan tugasan berupa aktiviti menaip mengikut masa yang diberikan.Kelas ini diadakan bagi mengasah kemahiran menaip peserta terutamanya bagi pelajar sekolah rendah. Namun kelas pada kali ini disertai oleh seorang pelajar kelainan upaya(oku).

Gambar disini

 

FAST FINGERS ACTIVITIES

Tarikh     : 3 April 2023

Masa      : 2.30 Petang sehingga 3.30 Petang

Tempat   : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Permainan menaip perkataan dengan pantas.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk membuka laman web yang diberikan sebelum memulakan pertandingan.Melalui aktiviti ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran menaip dengan lebih mahir .Peserta diminta menaip setiap perkataan yang muncul dengan cepat tanpa sebarang kesalahan ejaan dalam masa yang diberikan .

Gambar disini

 

 

ASAS MICROSOFT POWERPOINT

Tarikh     : 24 Mac 2023

Masa      : 11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 3 Peserta

 TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunaan serta fungsi microsoft powerpoint dan pendedahan kepada aktiviti penghasilan pembentangan yang mengandungi contoh, gambar, dan sebagainya. Powerpoint digunakan untuk menghasilkan pembentangan bagi menyampaikan maklumat, idea, laporan dan sebgainya kepada kumpulan orang yang ramai dengan lebih berkesan.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara memulakan microsoft powerpoint serta fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Setelah itu peserta dikehendaki menghasilkan satu slide perbentangan bertajuk bebas yang menarik, kemas dan kreatif.

Gambar disini