KELAS KEUSAHAWANAN DIGITAL-TIKTOK & AFFILIATE
Tarikh : 18 Januari 2024 Masa : 10.00 Pagi hingga 12.00 Petang Tempat : Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Tiang Peserta :12 Orang |
Kelas Keusahawanan Digital Tiktok dan Affiliate bersama Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Tiang.
Kelas keusahawanan ini disertai seramai 12 orang penduduk setempat dan komuniti Keda Sungai Tiang. Program usahasama antara PKD Sungai Tiang bersama Pedi Kluster Pendang ini diajar oleh Rakan Digital dan dibantu oleh staff PEDi.
PENGISIAN PADU DI PEDi FELDA SUNGAI TIANG
Tarikh : 11 Januari 2024 Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 21 Orang |
Pengisian Pangkalan Data Utama(PADU) di PEDi Felda Sungai Tiang.
Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting di Malaysia yang bertujuan mengumpulkan profil individu dan isi rumah.PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak.Seramai 21 orang membuat pendaftaran dan pengisian di PEDi Felda Sungai Tiang.
MICROSOFT WORD(PENGENALAN KEPADA WORD )
Tarikh : 3 Januari 2024 Masa : 3.30 Petang hingga 4.30 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Orang |
Kelas pengenalan kepada Microsoft Office Word.
Peserta diminta untuk membuka Microsoft Office Word dan diajar asas-asas yang terdapat dalam microsoft tersebut.
MESYUARAT KLUSTER PEDi KLUSTER PENDANG
Tarikh : 9 Januari 2024 Masa : 9.00 Pagi hingga 4.30 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 8 Orang |
Mesyuarat PEDi Kluster Pendang.
Mesyuarat Kluster dihadiri Pengurus PEDi bagi menentukan hala tuju program PEDi dan masterplan.
BENGKEL NIAGA ONLINE SHOPEE
Tarikh : 23 Disember 2023 Masa : 9.00 Pagi sehingga 11.30 Pagi Tempat : Dewan Masjid Al-Falah Felda Sungai Tiang Peserta : 7 Orang |
TUJUAN
Kelas asas shopee untuk permulaan.
AKTIVITI
Peserta diajar cara asas shopee seperti mencipta akaun shopee,cara meletakkan gambar produk yang dijual seterusnya hingga pengeposan barang.Program anjuran bersama Masjid Al-Falah Felda Sungai Tiang ini disertai lebih kurang 7 orang peserta.Kelas shopee ini diajar oleh rakan digital PEDi Kluster Pendang.