TUJUAN

Pembukaan booth NaDi Kluster Pendang di Fun Walk Sempena Hari Wanita.

AKTIVITI 

Fun Walk 3.5KM Sempena Hari Wanita diadakan di Pendang Lake Resort disertai kurang lebih 200 orang peserta dan beberapa agensi.Pelbagai booth agensi dan jualan menarik dibuka dan tidak terkecuali juga NaDi yang mana turut membuka booth bagi peserta mengenal lebih dekat apa itu NaDi dan fungsinya.

Gambar disini

 

 

TUJUAN

Kelas Keusahawanan Digital Tiktok anjuran Rakan Digital PEDi Kluster Pendang dan Affiliate bersama Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Tiang.

AKTIVITI 

Kelas keusahawanan ini disertai seramai 12 orang penduduk setempat dan komuniti Keda Sungai Tiang. Program usahasama antara PKD Sungai Tiang bersama Pedi Kluster Pendang ini diajar oleh Rakan Digital dan dibantu oleh staff PEDi.

Gambar disini

 

 

 

TUJUAN

Penggunaan table dalam Microsoft Word.

AKTIVITI 

Peserta diajar menggunakan table dalam Microsoft Office Word dan diajar fungsi berkenaan penggunaan table tersebut.

Gambar disini

TUJUAN

Program Mini Keusahawanan bersama Komuniti Pekan Kubur Panjang.

AKTIVITI 

Program Mini keusahawanan ini disertai seramai 36 orang penduduk setempat dan komuniti Pekan Kubur Panjang. Program ini turut disertai beberapa agensi yang lain seperti DOSM dan Amway.Selain kelas masakan roti bawang putih dan sup cendawan dari tenaga pengajar,terdapat juga kelas memproses mee dari pihak Amway.Tambahan kelas Canva dan Ai turut dijalankan. Program diakhiri dengan majlis penyerahan cenderahati kepada peserta dan agensi terlibat.

Gambar disini

 

TUJUAN

Pembukaan kaunter fizikal PADU di PEDi Felda Sungai Tiang.

AKTIVITI 

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting negara.PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak​​​​​​.

Gambar disini