PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA ATAS TALIAN

Tarikh    : 4 Februari 2022

Masa     : 3.00 Petang sehingga 4.00 Petang   

Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Sungai Tiang

Peserta  :2 orang

TUJUAN

Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online. Peserta diajar cara mengisi borang mengikut langkah-langkah yang betul.

Gambar disini

 

Tarikh    : 29 Januari 2022

Masa     : 2.15 Petang sehingga 3.00 Petang

Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang

Peserta : 6 orang

TUJUAN

Memberi kesedaran dan pembelajaran kepada peserta dengan adanya program klik dengan bijak.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk menyiapkan  tugasan berupa kuiz,maze dan teka silangkata klik dengan bijak.

Gambar disini

PENGISIAN BORANG ONLINE MAKTAB MAHMUD

Tarikh     : 27 Januari 2022

Masa      : 10.30 Pagi sehingga 11.00 Pagi

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang    

Peserta  : 1 Peserta

TUJUAN

Mengisi borang kemasukan ke sekolah berasrama.

AKTIVITI 

Pelajar atau waris diminta untuk melayari laman web yang diberikan dan diajar cara mengisi maklumat yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pendidikan.Untuk maklumat tambahan,pelajar diminta untuk membeli nombor pin dikaunter pembelian di BSN.

Gambar disini

 

 

KELAS SMART ENGLISH TAHUN 4,5 DAN 6

Tarikh     : 27 Januari 2022

Masa      :4.00 Petang sehingga 5.00 Petang

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang    

Peserta  : 2 Peserta

TUJUAN

Kelas Smart English ini dianjurkan oleh pihak MSD dan menempatkan kalangan peserta yang berada di Tahun 4,5 dan 6.

AKTIVITI 

Peserta diajar penguasaan bahasa english peringkat sekolah rendah oleh guru-guru dari sekolah lain.Selain proses pembelajaraan,peserta juga dapat mengenali peserta dari sekolah-sekolah di kawasan lain. Kelas ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom.

Gambar disini

 

E-PEMBELAJARAN (CONNECT THE DOTS ACTIVITIES)

Tarikh     : 22 Januari 2022

Masa      : 2.30 Petang sehingga 3.30 Petang 

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang    

Peserta  : 3 Peserta

TUJUAN

Program ini diadakan untuk meningkatkan kreativiti dan daya fikir peserta yang berada di peringkat sekolah rendah.

AKTIVITI 

Peserta diminta untuk melayari laman web yang diberikan dan diajar cara menggunakan tetikus bagi menyambung titik-titik yang diberikan sehingga membentuk rajah yang diberikan. 

Gambar disini