PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA ATAS TALIAN
Tarikh : 4 Februari 2022 Masa : 3.00 Petang sehingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Sungai Tiang Peserta :2 orang |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online. Peserta diajar cara mengisi borang mengikut langkah-langkah yang betul.