PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK : KASIH KANAK-KANAK
Tarikh : 9 Oktober 2024 Masa : 8.00 pagi - 1.00 Petang Tempat : SMK Sungai Tiang Peserta : 150 Orang |
Memupuk kesedaran tentang perlindungan dan kasih terhadap kanak-kanak.
Program advokasi yang diadakan di SMK Sungai Tiang turut diapenuhi dengan isian Taklimat oleh agensi JKM dan PDRM Pendang,Taklimat KDB oleh Puan Sharliza MCMC, dan taklimat dari NADI Kluster Pendang.Program advokasi ini diadakan bagi memupuk jalinan kasih sayang terhadap kanak-kanak dan perlindungan terhadap mereka.
CANVA (BUSINESS CARD)
Tarikh : 3 Oktober 2024 Masa : 10.20 Pagi hingga 11.20 Pagi Tempat : NADI Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Orang |
Mencipta kad perniagaan menggunakan canva.
Peserta diminta menggunakan aplikasi canva dan mencipta kad perniagaan menggunakan fungsi dalam aplikasi tersebut.Dengan adanya kad perniagaan,usahawan lebih berkeyakinan dan senang untuk dihubungi pelanggan. Selain itu,kad perniagaan atau leboih dikenali dengan 'business card" juga dapat meningkatkan profesionalisme serta dapat membangunkan hubungan busines.
WORD SEARCH CHALLENGE (ABCYA)
Tarikh : 11 September 2023 Masa : 3.10 Petang hingga 4.10 Petang |
Peserta diajar cara menggabung dan mencari patah perkataan yang diminta.
Peserta diminta untuk membuka laman website yang diberikan dan diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi menggabung alphabet bagi membentuk perkataan-perkataan seperti yang diminta.
TYPING TEST ACTIVITIES
Tarikh : 10 Mei 2023 Masa : 10.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi Lokasi : NADI Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memantapkan skil menaip peserta.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk membuka link web yang diberikan dan diminta untuk menyiapkan tugasan berupa aktiviti menaip mengikut masa yang diberikan.Kelas ini diadakan bagi mengasah kemahiran menaip peserta terutamanya bagi pelajar sekolah rendah.Terdapat peserta OKU dalam kelas ini.
PROGRAM JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA) KOMUNITI MADANI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DI HOSPITAL PENDANG
Tarikh : 11 September 2024 Masa : 8.00 pagi - 12:00 tengahari Tempat : Hospital Pendang Peserta : 30 Orang |
Memupuk jalinan dan semangat kemerdekaan antara komuniti.
Pembukaan booth NADI di Hospital Pendang bagi memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan NADI,pendaftaran keahlian baru,teka bilangan bendera serta Kuiz Kemerdekaan & KDB.Program dihadiri oleh komuniti setempat.