JIGSAW PUZZLE

Tarikh      : 6 Mac 2021

Masa       :10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi     : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang    

Peserta   : 3 Peserta

TUJUAN

Mengasah minda peserta supaya berfikiran lebih kreatif.Melalui aktiviti ini, mereka diajar menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar sehingga membentuk sekeping gambar yang lengkap.

AKTIVITI 

Peserta diminta untuk melayari laman web puzzle dan diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyusun kepingan gambar yang disediakan.

Gambar disini

 

PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM(PEPERIKSAAN ONLINE)

Tarikh         :  5 Mac 2021

Masa           : 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

lokasi          : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta       : 3 Peserta

TUJUAN

Calon diminta melayari laman web yang disediakan oleh Sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

AKTIVITI

Calon diminta untuk melayari laman web SPA dan melog masuk menggunakan Id dan Password yang dihantar melalui email calon sebelum menjawab soalan2 yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bahagian soalan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Gambar disini

TYPING CHALLENGE

Tarikh  :1 Mac 2021

Masa   :11.30 pagi sehingga 12.30 tengahari

Tempat: Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta: 5 orang

TUJUAN

Memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam memantapkan skil menaip agar peserta  dapat menaip dengan lebih pantas tanpa sebarang kesalahan ejaan.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan sebelum memulakan pertandingan mengikut tempoh masa dan peringkat menaip yang diberikan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengasah kebolehan menaip peserta sekaligus menghasilkan masyarakat yang berkebolehan dalam kerja-kerja menaip.

Gambar disini

 

KELAS POSTER MENGGUNAKAN POSTERMYWALL

Tarikh    :4 Mac 2021

Masa     :10.00 Pagi sehingga 12.30 Tengahari   

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta: 2 orang 

TUJUAN 

Kelas poster menggunakan Poster My Wall.

AKTIVITI

Peserta terlebih dahulu diajar cara membuka laman web "poster my wall" sebelum diajar cara membuat dan mengedit poster didalam laman web berkenaan. Peserta dibenarkan mereka poster mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar disini

 

AKTIVITI MEWARNA ONLINE

Tarikh   : 26 Februari 2021

Masa    : 11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 4 Orang

TUJUAN

Menarik minat peserta terutamanya di peringkat sekolah rendah dalam seni visual serta mengasah bakat sedia ada peserta dalam mewarna khususnya secara online.

AKTIVITI

Peserta diajar untuk membuka laman web yang diberikan sebelum memulakan aktiviti mewarna.

Gambar disini