KELAS POSTER MENGGUNAKAN POSTERMYWALL

Tarikh    :4 Mac 2021

Masa     :10.00 Pagi sehingga 12.30 Tengahari   

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta: 2 orang 

TUJUAN 

Kelas poster menggunakan Poster My Wall.

AKTIVITI

Peserta terlebih dahulu diajar cara membuka laman web "poster my wall" sebelum diajar cara membuat dan mengedit poster didalam laman web berkenaan. Peserta dibenarkan mereka poster mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar disini

 

TYPING CHALLENGE

Tarikh  :1 Mac 2021

Masa   :11.30 pagi sehingga 12.30 tengahari

Tempat: Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta: 5 orang

TUJUAN

Memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam memantapkan skil menaip agar peserta  dapat menaip dengan lebih pantas tanpa sebarang kesalahan ejaan.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan sebelum memulakan pertandingan mengikut tempoh masa dan peringkat menaip yang diberikan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengasah kebolehan menaip peserta sekaligus menghasilkan masyarakat yang berkebolehan dalam kerja-kerja menaip.

Gambar disini

 

MOBILE E-WASTE COLLECTION

Tarikh    : 25 Februari 2021

Masa     : 4.00 Petang sehingga 4.15 Petang

Tempat  : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 1 orang

TUJUAN

Memberi kesedaran kepada peserta mengenai keburukan  pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah terhadap kesihatan dan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan e-waste atau e-sisa. Peserta yang membawa dan mengitar semula perkakas elektrik & elektronik yang telah rosak ke dalam tong e-waste yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang akan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan bebasnya aktiviti pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah.

Gambar disini

 

 

AKTIVITI MEWARNA ONLINE

Tarikh   : 26 Februari 2021

Masa    : 11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 4 Orang

TUJUAN

Menarik minat peserta terutamanya di peringkat sekolah rendah dalam seni visual serta mengasah bakat sedia ada peserta dalam mewarna khususnya secara online.

AKTIVITI

Peserta diajar untuk membuka laman web yang diberikan sebelum memulakan aktiviti mewarna.

Gambar disini

AKTIVITI PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN MEWARNA KLIK DENGAN BIJAK KATEGORI SEKOLAH RENDAH DI RUMAH

Tarikh    :25 Februari 2021

Masa     :3.30 Petang sehingga 4.00 Petang   

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta: 12 orang 


TUJUAN

Aktiviti penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan mewarna klik dengan bijak bagi kategori sekolah rendah.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk mengambil kertas lukisan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang dan diminta menyempurnakan pertandingan dengan melakukan aktiviti mewarna di rumah masing-masing dalam tempoh yang diberikan.Setelah itu peserta diminta untuk menghantar lukisan tersebut untuk dinilai oleh petugas.

Gambar disini