SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA(BORANG NIKAH ONLINE) 

Tarikh    : 6 Mei 2021

Masa     : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang   

Tempat  : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  :1 orang

TUJUAN

Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online. Peserta diajar cara mengisi borang mengikut langkah-langkah yang betul.

Gambar disini

 

TEMUDUGA TERBUKA PERKESO KERJASAMA FLEX

Tarikh    :26 April 2021

Masa     :9.00 Pagi hingga 2.00 Petang

Tempat  :Pusat Internet  Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta :10 orang 


 TUJUAN 

Sesi temuduga terbuka bersama kilang eletronik Flex kerjasama Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial)

AKTIVITI

Peserta diminta untuk mendaftarkan diri masing-masing dilaman web yang disediakan sebelum menyertai sesi temuduga.Kerjasama ini secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaaan kepada anak-anak muda lepasan sekolah dan juga kepada masyarakat yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda.

Gambar disini

E-TUISYEN (MATEMATIK)

Tarikh   :  24 April 2021

Masa    :  9.00 Pagi sehingga 10.30 Pagi

Tempat :  Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta : 3 Orang

TUJUAN 

Pembelajaran secara atas talian (kelas tambahan) matapelajaran Matematik bagi peringkat sekolah rendah.

AKTIVITI

Program E-Tuisyen anjuran bersama guru-guru sekolah yang berpengalaman dalam mendidik para pelajar dengan matapelajaran masing-masing ini diadakan bagi membantu pelajar untuk lebih mahir memandangkan aktiviti pembelajaran di sekolah tidak dapat berjalan seperti biasa dan menyebabkan pelajar-pelajar agak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda global. Melalui inisiatif ini pelajar dapat belajar dengan guru dari pelbagai negeri di dalam Malaysia sekaligus dapat belajar dengan skil yang berbeza-beza.Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar semula setelah sekian lama bercuti dan tidak hadir ke sekolah. Tambahan pula,program E-Tuisyen ini diadakan secara atas talian sekaligus menarik minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam kelas-kelas yang disediakan.

Gambar disini

 

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2021

Tarikh    :24 April 2021

Masa     :3.00 Petang   

Tempat  : Pusat Internet  Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta : 20 orang 

 TUJUAN 

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi video kreatif 2021.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk mendaftarkan diri masing-masing sebelum majlis bermula.Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh petugas PIK Felda Sungai Tiang.Pemenang tempat pertama hingga kesepuluh diberikan hadiah berupa wang tunai.

Gambar disini

JOM MEMBACA 10 MINIT

Tarikh   :  22 April 2021

Masa    : 11.00 Pagi sehingga 11.30 Pagi

Tempat : Tadika Kemas Felda Sungai Tiang

Peserta : 15 Orang

TUJUAN

Memupuk budaya membaca seawal usia kanak-kanak. 

AKTIVITI

Program membaca yang mengambil masa selama 10 minit dan melibatkan pelajar-pelajar tadika ini diadakan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat terutamanya seawal usia kanak-kanak. Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan peserta sekaligus dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Gambar disini