PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2021
Tarikh :24 April 2021 Masa :3.00 Petang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 20 orang |
TUJUAN
Majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi video kreatif 2021.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk mendaftarkan diri masing-masing sebelum majlis bermula.Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh petugas PIK Felda Sungai Tiang.Pemenang tempat pertama hingga kesepuluh diberikan hadiah berupa wang tunai.
E-TUISYEN (MATEMATIK)
Tarikh : 24 April 2021 Masa : 9.00 Pagi sehingga 10.30 Pagi Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Orang |
TUJUAN
Pembelajaran secara atas talian (kelas tambahan) matapelajaran Matematik bagi peringkat sekolah rendah.
AKTIVITI
Program E-Tuisyen anjuran bersama guru-guru sekolah yang berpengalaman dalam mendidik para pelajar dengan matapelajaran masing-masing ini diadakan bagi membantu pelajar untuk lebih mahir memandangkan aktiviti pembelajaran di sekolah tidak dapat berjalan seperti biasa dan menyebabkan pelajar-pelajar agak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda global. Melalui inisiatif ini pelajar dapat belajar dengan guru dari pelbagai negeri di dalam Malaysia sekaligus dapat belajar dengan skil yang berbeza-beza.Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar semula setelah sekian lama bercuti dan tidak hadir ke sekolah. Tambahan pula,program E-Tuisyen ini diadakan secara atas talian sekaligus menarik minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam kelas-kelas yang disediakan.
AKTIVITI MEWARNA ONLINE
Tarikh : 23 Mei 2021 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Orang |
TUJUAN
Menarik minat peserta terutamanya di peringkat sekolah rendah dalam seni visual serta mengasah bakat sedia ada peserta dalam mewarna khususnya secara online. Aktiviti ini secara tidak langsung menjadikan peserta berfikiran dengan lebih kreatif.
AKTIVITI
Peserta diajar untuk membuka laman web yang diberikan sebelum memulakan aktiviti mewarna. Peringkat mewarna dimulai dengan peringkat mudah hingga ke sederhana.
JOM MEMBACA 10 MINIT
Tarikh : 22 April 2021 Masa : 11.00 Pagi sehingga 11.30 Pagi Tempat : Tadika Kemas Felda Sungai Tiang Peserta : 15 Orang |
TUJUAN
Memupuk budaya membaca seawal usia kanak-kanak.
AKTIVITI
Program membaca yang mengambil masa selama 10 minit dan melibatkan pelajar-pelajar tadika ini diadakan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat terutamanya seawal usia kanak-kanak. Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan peserta sekaligus dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
MENGENAL NOMBOR MELALUI PERMAINAN PENDIDIKAN ONLINE (MATEMATIK)
Tarikh : 9 April 2021 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengasah minda peserta dalam pengiraan asas matematik.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk melayari laman web yang diberikan dan seterusnya diajar cara menjawab soalan-soalan yang terdapat didalam laman web berkenaan.Peserta diajar untuk mencari nombor-nombor tersembunyi.Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melatih peserta megenal nombor dengan lebih mudah.