KELAS E-TUISYEN MATEMATIK
Tarikh : 25 September Masa : 9.00 Pagi hingga 10.30 Pagi Lokasi : PIK Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Orang |
TUJUAN
program kelas tambahan matapelajaran Matematik bagi peringkat sekolah rendah.
AKTIVITI
Kelas E-tuisyen Matematik kali ini disertai 3 pelajar.Namun seorang peserta mengikuti sesi pembelajaran di rumah manakala 2 peserta lagi menggunakan pik untuk mengikuti sesi pembelajaran.
PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM(PEPERIKSAAN ONLINE)
Tarikh : 24 September 2021 Masa : 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Calon melayari laman web yang disediakan oleh Sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
AKTIVITI
Calon diminta untuk melayari laman web SPA dan log masuk menggunakan Id dan Password yang dihantar melalui email calon 30 minit sebelum peperiksaaan bermula. Peserta perlu menjawab soalan2 yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bahagian soalan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Setiap bahagian mempunyai masa menjawab selama 30 minit.
PENAMBAHBAIKAN RESUME DAN MENGISI BORANG KERJA ONLINE
Tarikh : 2 September 2021 Masa : 10.00 Pagi hingga 11.30 Pagi lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Peserta diajar untuk membuat resume mengikut tahap kesesuaian semasa dan cara mengisi borang kerja secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta diberi contoh resume terbaru dan diminta untuk membuat pengubahsuaian mengikut kehendak semasa yang lebih kemas dan menarik. Peserta turut diberi tunjuk ajar dan cara membuat resume dengan cara yang lebih kreatif. Setelah itu,peserta diajar cara mengisi borang kekosongan kerja di laman web syarikat yang ditawarkan dan cara memuatnaik resume ke dalam web tersebut.
PROGRAM E-TUISYEN (MATEMATIK)
Tarikh : 18 September 2021 Masa : 9.00 Pagi sehingga 10.45 Pagi Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Orang |
TUJUAN
program kelas tambahan matapelajaran Matematik bagi peringkat sekolah rendah.
AKTIVITI
Program E-Tuisyen kerjasama bersama guru-guru sekolah seluruh Malaysia. Melalui inisiatif ini pelajar dapat belajar dengan kaedah yang lebih menarik dan dapat memberikan sepenuh tumpuan tanpa sebarang gangguan dengan capaian internet yang baik.Bagi kelas kali ini hanya seorang peserta yang menggunakan pik untuk mengikuti sesi pembelajaran manakala lagi seorang peserta mengikuti kelas secara ata talian di rumah.
Tarikh : 14 Ogos 2021 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Tempat : Secara Atas Talian Peserta : 5 orang |
TUJUAN
Membantu golongan komuniti untuk memulakan bisness melalui platfom E-Dagang.
AKTIVITI
Program mulakan bisness E-Dagang anda ini adalah program kerjasama Shopee bersama MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Program ini diadakan secara atas talian dimana peserta diberi pilihan untuk menjalani sesi latihan tersebut secara atas talian dikediaman masing-masing ataupun secara atas talian di Pusat Internet Komuniti.Terdapat seorang sahaja perserta yang mengikuti latihan tersebut di PIK Felda Sungai Tiang manakala 4 orang peserta yang lain mengikuti sesi latihan tersebut dirumah.Walaubagaimanapun peserta diberikan rakaman video slot diakhir program.Tambahan ini merupakan slot kedua ebagai sambungan selepas slot pertama diadakan pada 2 Ogos 2021.