ASAS PERKOMPUTERAN
Tarikh : 7 Februari 2022 Masa : 3.00 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Orang |
TUJUAN
Kelas asas pengenalan komputer bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai ilmu ict. Untuk bengkel ini peserta didedahkan kepada komponen-komponen utama sesebuah komputer.
AKTIVITI
Peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen utama kepada peserta seperti monitor, papan kekunci dan tetikus.
ADVOKASI KUIZ ,MAZE DAN TEKA SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 29 Januari 2022 Masa : 2.15 Petang sehingga 3.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 6 orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran dan pembelajaran kepada peserta dengan adanya program klik dengan bijak.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menyiapkan tugasan berupa kuiz,maze dan teka silangkata klik dengan bijak.
PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA ATAS TALIAN
Tarikh : 4 Februari 2022 Masa : 3.00 Petang sehingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Sungai Tiang Peserta :2 orang |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online. Peserta diajar cara mengisi borang mengikut langkah-langkah yang betul.
KELAS SMART ENGLISH TAHUN 4,5 DAN 6
Tarikh : 27 Januari 2022 Masa :4.00 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Kelas Smart English ini dianjurkan oleh pihak MSD dan menempatkan kalangan peserta yang berada di Tahun 4,5 dan 6.
AKTIVITI
Peserta diajar penguasaan bahasa english peringkat sekolah rendah oleh guru-guru dari sekolah lain.Selain proses pembelajaraan,peserta juga dapat mengenali peserta dari sekolah-sekolah di kawasan lain. Kelas ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom.