MICROSOFT WORD (PLAYING WITH FONT, PICTURE,PARAGRAPH)
Tarikh : 23 April 2022 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Sungai Tiang Peserta : 5 Peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi permainan berunsurkan pendidikan.Melalui aktiviti ini, mereka diajar menggunakan tetikus bagi membentuk objek,melukis dan mewarna.
AKTIVITI
Peserta diminta membuka microsoft word dan diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyiapkan tugasan dan latihan yang diminta.
PAINT( POSTER HARI RAYA)
Tarikh : 22 April 2022 Masa : 10.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 7 Peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memantapkan kemahiran melukis ,melakar dan mewarna peserta.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan fungsi paint dan cara untuk menggunakannya.Tugasan yang diberikan ialah peserta diminta untuk menghasilkan sebuah poster hari raya mengikut kreativiti masing-masing.
PERMAINAN RADIO BURUK
Tarikh : 20 April 2022 Masa : 9.30 Pagi sehingga 10.00 Pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 10 Orang |
TUJUAN
Permainan ini bertujuan mengenalkan peserta kepada permainan tradisional supaya permainan seperti ini tidak lapuk dek zaman.
AKTIVITI
Permainan radio buruk atau radio rosak terkenal sebagai permainan tradisional masyarakat terdahulu. Permainan ini seringkali dilupakan pasca arus pemodenan hari ke hari.Permainan ini menggunakan ayat peribahasa dan perlu disertai oleh beberapa orang pemain. contoh ayat permainan radio buruk:
Ahmad budak petah, ibunya bernama Bedah, ayahnya bernama Samad, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah, ibarat jatuh ditimpa tangga.
maksud tersirat : jika kita tidak mendengar kata ibu bapa kita maka kita akan menerima padahnya.
MICROSOFT WORD(KELAS ASAS)
Tarikh : 22 April 2022 Masa : 10.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 12 Peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada microsoft word.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan fungsi microsoft word dan cara untuk menggunakannya. Peserta juga diajar simbol-simbol yang terdapat di dalam microsoft word dan juga cara menaip.Kelas ini secara tidak langsung menambah ilmu kemahiran kepada peserta di peringkat sekolah rendah.
KELAS MEWARNA ONLINE (OKU)
Tarikh : 20 April 2022 Masa : 3.30 Petang sehingga 4.30 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Orang |
TUJUAN
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih jari orang kurang upaya supaya dapat belajar asas komputer .
AKTIVITI
Peserta diajar mewarna diperingkat awal untuk melatih jari supaya lebih cekap dalam asas-asas perkomputeran.Memandangkan latihan ini khusus diadakan untuk orang kurang upaya ,maka hanya kelas asas yang lebih mudah untuk dipahami sahaja yang diajar supaya peserta tidak tertekan dan memudahkan pembelajaran peserta.