MICROSOFT WORD(KELAS ASAS)

Tarikh    : 22 April 2022

Masa     : 10.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi

Lokasi   : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang  

Peserta : 12 Peserta

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada microsoft word.

AKTIVITI 

Peserta diberi penerangan fungsi microsoft word dan cara untuk menggunakannya. Peserta juga diajar simbol-simbol yang terdapat di dalam microsoft word dan juga cara menaip.Kelas ini secara tidak langsung menambah ilmu kemahiran kepada peserta di peringkat sekolah rendah.

Gambar disini

 

PERMAINAN RADIO BURUK

Tarikh   :  20 April 2022

Masa    :  9.30 Pagi sehingga 10.00 Pagi

Tempat :  Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang

Peserta : 10 Orang

TUJUAN

Permainan ini bertujuan mengenalkan peserta kepada permainan tradisional supaya permainan seperti ini tidak lapuk dek zaman.

AKTIVITI

Permainan radio buruk atau radio rosak terkenal sebagai permainan tradisional  masyarakat terdahulu. Permainan ini seringkali dilupakan pasca arus pemodenan hari ke hari.Permainan ini menggunakan ayat peribahasa dan perlu disertai oleh beberapa orang pemain. contoh ayat permainan radio buruk:

Ahmad budak petah, ibunya bernama Bedah, ayahnya bernama Samad, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah, ibarat jatuh ditimpa tangga.

maksud tersirat : jika kita tidak mendengar kata ibu bapa kita maka kita akan menerima padahnya.

Gambar disini

 

PERMAINAN PENDIDIKAN  (MATEMATIK)

Tarikh     :  20 April 2022

Masa      :  2.00 Petang sehingga 3.00 Petang

Lokasi    :  Pusat Ekonomin Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang  

Peserta  :  7 Peserta

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengasah minda peserta dalam pengiraan asas matematik.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk melayari laman web yang diberikan dan seterusnya diajar cara menjawab soalan-soalan yang terdapat didalam laman web berkenaan.Peserta diajar untuk mencari nombor-nombor tersembunyi.Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melatih peserta dalam matapelajaran matematik dengan lebih cekap.

Gambar disini

 

KELAS MEWARNA ONLINE (OKU)

Tarikh   :  20 April 2022

Masa    : 3.30 Petang sehingga 4.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang

Peserta : 1 Orang

TUJUAN

Aktiviti ini bertujuan untuk melatih jari orang kurang upaya supaya dapat belajar asas komputer .

AKTIVITI

Peserta diajar mewarna diperingkat awal untuk melatih jari supaya lebih cekap dalam asas-asas perkomputeran.Memandangkan latihan ini khusus diadakan untuk orang kurang upaya ,maka hanya kelas asas yang lebih mudah untuk dipahami sahaja yang diajar supaya peserta tidak tertekan dan memudahkan pembelajaran peserta.

Gambar disini

 

TYPING TEST

Tarikh   :16 April 2022

Masa    :10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang

Peserta : 6 orang

TUJUAN

Memberikan pendedahan  kepada peserta dalam memantapkan skil menaip agar dapat menaip dengan lebih pantas tanpa sebarang kesalahan ejaan.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan sebelum memulakan pertandingan mengikut tempoh masa dan peringkat menaip yang diberikan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengasah kebolehan menaip peserta sekaligus menghasilkan masyarakat yang berkebolehan dalam kerja-kerja menaip.

Gambar disini