THE WORD SEARCH ACTIVITIES
Tarikh : 10 Ogos 2022 Masa : 2.40 Petang sehingga 3.40 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 7 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan.
AKTIVITI
Peserta diajar menggunakan tetikus untuk mencari perkataan-perkataan yang diminta berdasarkan teka silang kata.Aktiviti ini sekaligus dapat mengasah kemahiran peserta dalam berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.Bagaimanapun tugasan aktiviti ini hanya diberikan kepada pelajar sekolah rendah.
PROGRAM BERSAMA TABUNG HAJI CAWANGAN PENDANG
Tarikh : 4 Ogos 2022 Masa : 9.30 Pagi sehingga 1.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 15 Orang |
TUJUAN
Pembukaan kaunter Tabung Haji Cawangan Pendang di Pedi Felda Sungai Tiang.
AKTIVITI
Program ini menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun,penyimpanan wang dan kemaskini akaun serta perkhidmatan THijari iaitu akaun secara atas talian.Program kerjasama ini dapat memudahkan orang ramai serta penduduk setempat tanpa perlu menghabiskan banyak masa di kaunter bank.
QUIZIZZ KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 23 Julai 2022 Masa : 12.00 Tengahari hingga 12.15 Tengahari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran kepada peserta mengenai jenayah penipuan online,buli siber dan klik dengan bijak.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menyiapkan satu tugasan berupa kuiz online di laman web Quizizz mengenai scam alert,online grooming dan teka silangkata klik dengan bijak.
MICROSOFT PUBLISHER(CREATIVE CALENDER AND INVITATION CARD)
Tarikh : 27 Julai 2022 Masa : 3.30 Petang sehingga 5.30 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Orang |
TUJUAN
Kelas ini bertujuan menerangkan fungsi-fungsi yang terdapat dii dalam Microsoft Publisher.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara menggunakan microsoft publisher serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut .Peserta diberikan tugasan untuk membuat kalender kreatif dan juga kad jemputan.
CANVA.COM
Tarikh : 21 Julai 2022 Masa : 10.10 Pagi sehingga 12.10Tengahari Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Orang |
TUJUAN
Kelas ini bertujuan menerangkan aplikasi canva.com dan cara menggunakannya.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan canva.com serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut .Peserta diberi penerangan dan diajar membuat resume,kad jemputan dan poster mengunakan aplikasi canva.