SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA PEDi KLUSTER PENDANG
Tarikh : 15 September 2022 Masa : 2.30 Petang sehingga 5.30 Petang Lokasi : PEDi Kampung Pondok Chegar Peserta : 30 Peserta |
TUJUAN
Sambutan Hari Malaysia bersama PEDi Kluster Pendang.
AKTIVITI
Sambutan Hari Malaysia bersama yang diadakan di PEDi Kmpung Pondok Chegar ini dihadiri oleh 8 buah PedI Kluster Pendang dan beberapa buah tadika serta waris-waris pelajar.Sambutan ini diadakan bagi memperingati hari penubuhan Malaysia.Terdapat pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan dan pertandingan kostum kreatif serta aktiviti mewarna.Tambahan,slot akhir diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama semua peserta.
CANVA.COM
Tarikh : 17 Ogos 2022 Masa : 3.15 Petang sehingga 4.15 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Orang |
TUJUAN
Kelas ini bertujuan menerangkan aplikasi canva.com dan cara menggunakannya.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan canva.com serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut .Peserta diminta untuk membuat poster kemerdekaan menggunakan aplikasi canva memandangkan Hari Kemerdekaan bakal menjelang tiba.
THE WORD SEARCH
Tarikh : 17 Ogos 2022 Masa : 3.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara menggerakkan tetikus dan mencari perkataan-perkataan yang diminta.Melalui aktiviti ini,peserta dapat mengasah kemahiran dalam keupayaan berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.Bagaimanapun tugasan aktiviti ini hanya diberikan kepada pelajar sekolah rendah.
TEKA SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 13 Ogos 2022 Masa : 11.15 Pagi sehingga 11.45 Pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 4 orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran dan pembelajaran kepada peserta dengan adanya program klik dengan bijak.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menyiapkan tugasan berupa teka silangkata klik dengan bijak.Program KDB ini dapat memberi kesedaran dan juga pengajaran kepada peserta kepada jenayah dan permasalahan diatas talian serta cara menanganinya.