PERMAINAN RADIO BURUK
Tarikh : 20 April 2022 Masa : 9.30 Pagi sehingga 10.00 Pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 10 Orang |
TUJUAN
Permainan ini bertujuan mengenalkan peserta kepada permainan tradisional supaya permainan seperti ini tidak lapuk dek zaman.
AKTIVITI
Permainan radio buruk atau radio rosak terkenal sebagai permainan tradisional masyarakat terdahulu. Permainan ini seringkali dilupakan pasca arus pemodenan hari ke hari.Permainan ini menggunakan ayat peribahasa dan perlu disertai oleh beberapa orang pemain. contoh ayat permainan radio buruk:
Ahmad budak petah, ibunya bernama Bedah, ayahnya bernama Samad, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah, ibarat jatuh ditimpa tangga.
maksud tersirat : jika kita tidak mendengar kata ibu bapa kita maka kita akan menerima padahnya.