E-PEMBELAJARAN (JIGSAW PUZZLE)

Tarikh      : 15 Disember 2020

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang    

Peserta :   4 Peserta

TUJUAN

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan iaitu puzzle secara online. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan kerana sebelum ini kebanyakkan daripada mereka hanya bermain puzzle secara nyata iaitu lebih kepada menyusun kepingan-kepingan gambar dengan menggunakan jari . Melalui aktiviti ini, mereka terpaksa menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar sehingga membentuk sekeping gambar yang lengkap. Ini merupakan satu teknik bagi melatih mereka untuk lebih berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

AKTIVITI 

Peserta diminta untuk melayari laman web puzzle iaitu www.jigsawplanet.com . Mereka diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyusun kepingan-kepingan gambar sehingga terhasilnya sekeping gambar yang sempurna.

Gambar disini