Tarikh    : 28 November 2020

Masa     : 10.00 Pagi sehingga 10.30 Pagi

Tempat  : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 6 orang

TUJUAN

Memberi kesedaran kepada peserta mengenai keburukan  pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah terhadap kesihatan dan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan e-waste atau e-sisa. Peserta yang membawa dan mengitar semula perkakas elektrik & elektronik yang telah rosak ke dalam tong e-waste yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang akan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan bebasnya aktiviti pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah.

Gambar disini